Group 94Group 94Group 94Group 94
  • Initiatives
  • Scholarship
  • News
  • Contact
YTL Cement Dan Jabatan Alam Sekitar Perak Anjur Program KUDAH
April 6, 2023
20 Million Simen Rahmah Bags Introduced by The Madani Government to Help Ease Cost of Homes
April 19, 2023

YTL CEMENT DAN JABATAN ALAM SEKITAR ANJUR PROGRAM KUDAH SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022

25 JUN 2022

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2022 – YTL Cement bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menganjurkan Program Kutip Sampah Sambil Riadah (Kudah) sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Chongkak Park & Resort, Hulu Langat, Selangor.

Program Kudah ini dianjurkan menerusi program tanggungjawab sosial korporat YTL Cement, iaitu BUILDS, dan inisiatif Rakan Alam Sekitar oleh JAS. Seramai 60 sukarelawan telah menjayakan aktiviti membersih dan memulih keindahan Sungai Chongkak dan berjaya mengumpul lebih dari 200kg sampah dan bahan kitar semula. Program ini turut dihadiri oleh wakil daripada Tourism Selangor.

Berikutan fenomena banjir pada bulan Disember yang lalu, kawasan Chongkak Park & Resort telah mengalami kemusnahan akibat limpahan air Sungai Chongkak. Setelah ditutup untuk kerja-kerja pemulihan, taman tersebut kini dibuka semula pada awal bulan Jun untuk kunjungan orang ramai.

“Kami berterima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar kerana memberi peluang kepada YTL Cement dan BUILDS untuk bekerjasama dengan Rakan Alam Sekitar dalam menjayakan aktiviti pada hari ini. Kami berharap program pada hari ini dapat membantu pemuliharaan Chongkak Park & Resort dan mencantikkan lagi kawasan riadah yang begitu indah dan nyaman ini kepada orang awam,” kata Pn. Ong Ping Ping, Pengarah Komunikasi YTL Cement.

“Program ini berkesan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan warga industri dalam mengekalkan keindahan persekitaran serta memanfaatkan usaha memelihara alam sekitar selaras dengan slogan – Pemuliharaan Alam Sekitar adalah Tanggung Jawab Bersama. Kami berterima kasih atas usaha YTL Cement dalam menjalankan program Kudah yang bermanfaat ini,” kata Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS.

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial YTL Cement Group di Facebook, LinkedIn dan Instagram serta media sosial YTL Cement BUILDS di Instagram.


Mengenai BUILDS

BUILDS ialah bahagian Tanggungjawab Sosial Korporat YTL Cement. Matlamat utama BUILDS adalah untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar. Usaha BUILDS adalah berdasarkan kepada tiga tonggak utama iaitu komuniti, kemampanan dan pendidikan.


Mengenai YTL Cement

YTL Cement ialah sebuah kumpulan syarikat dalam industri pembuatan bahan pembinaan yang merangkumi simen, konkrit dan agregat, dengan operasi di Malaysia, Singapura, Vietnam dan Myanmar. Di Malaysia, YTL Cement telah menyumbang kepada pembinaan rumah, bangunan dan infrastruktur, termasuk beberapa mercu tanda negara, sejak 70 tahun yang lalu. Kami menyokong peralihan sektor pembinaan ke arah pembangunan mampan dengan menyediakan produk berkualiti bertaraf dunia dan penyelesaian hujung ke hujung.


Mengenai Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bertanggungjawab memastikan pembangunan lestari dalam proses kemajuan Negara dan alam sekitar sentiasa bersih, sihat dan selamat untuk kesejahteraan rakyat. JAS juga berperanan sebagai penyebar maklumat, kemahiran dan idea-idea bernas bagi pembangunan minda masyarakat ke arah penghayatan persekitaran alam semula jadi secara berterusan. Ini termasuklah menggalakkan konsep pematuhan kendiri oleh pihak industri serta orang awam.


Mengenai Rakan Alam Sekitar (RAS)

Program Rakan Alam Sekitar (RAS) telah dilancarkan pada 4 Jun 2009 merupakan inisiatif jabatan dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Rakan Alam Sekitar melibatkan anggota masyarakat secara `hands-on’ iaitu menjadi `mata dan telinga’ untuk membantu agensi-agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar.


Mengenai KUDAH

Program KUDAH (Kutip Sampah Sambil Beriadah) diadakan untuk memupuk dan meningkatkan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan sungai serta memupuk rasa cintakan alam sekitar. Persekitaran yang bersih ini pastinya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat.

Get In Touch

Contact us!

Please contact us if your organisation is interested in collaborating with BUILDS. Fill in the form below and we will contact you soon.







COPYRIGHT YTL CEMENT BUILDS | ABOUT YTL CEMENT